Monday, December 14, 2009

Kumpulan Boria Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Aspek Muzikal :

Form :
A + A

(Bridge ) : Elemen Tarian ditonjolkan ????

C + B

A + B

Susunan dan gubahan muzik amat baik dan penuh kreativiti namun dengan kemasukkan elemen tarian semasa Bridge agak ketara dan mencacatkan permainan boria itu sendiri.


Suara Latar :

Penggunaan elemen 'harmoni' dalam penyampai rangkap sailor amat baik...simple dengan penggunaan min/maj 3rd dari segi lapisan suara.Sebenarnya penyampaian suara sailor dalam permainan boria tradisi hanya menggunakan teknik sesuara namun begitu kreativiti dengan berharmoni amat dialu-alukan namun biarlah sederhana seperti menggunakan simple harmony.Satu perkara yang menarik perhatian saya. Kemeriahan terserlah namun begitu sailor haruslah memainkan peranan utama dalam usaha memeriahkan suasana permainan boria itu sendiri.

Tukang Karang :

Penyampaian yang baik, berketrampilan dengan penuh keyakinan. namun begitu harus diingatkan peranan (TK) adalah penyampai maklumat dalam rangkap karangan, tidak perlu menjerit untuk menunjukkan penekanan ayat. Tingkah laku (TK) haruslah tidak terlalu menonjolkan diri semasa rangkap karangan sahutan dari Sailor .(TK) haruslah memberi peluang kepada kumpulan Sailor untuk memainkan gerak tari tanpa menarik perhatian penonton kepada tingkah laku (TK). Peranan tongkat kurang digunakan sepenuhnya oleh (TK)

Sketsa :

Penggunaan pentas baik... watak haruslah lebih banyak menumpukan aspek menerangkan tema Satu Malaysia dari elemen berceloteh. Elemen berteater terlalu ditonjolkan... unsur humor yang ditonjolkan hanya timbul secara spontan dan tak perlu dibuat-buat untuk membuat penonton ketawa namun begitu watak yang dimainkan amat berkesan. Pujian harus diberikan kepada ke tiga orang watak.


4 comments:

  1. salam.
    saya merupakan seorang peserta sketsa untuk boria UKM. sebenarnya saya telah sedar tentang kegagalan kami menyampaikan tema 1Malaysia dengan berkesan. namun saya kurang faham tentang pernyataan 'elemen berteater terlalu ditonjolkan'. boleh perjelaskan?

    sekian.

    saya yang mahu belajar,
    nazrin, ukm.

    ReplyDelete
  2. W'salam.... terima kasih kerana respon. Dalam permainan boria sketsa dilakonkan dalam satu babak yang spontan... tidak memerlukan watak menggunakan aras (kedudukan badan),tingkah laku yang agak keterlaluan (seolah-olah terlalu sangat nak buat lawak atau nak buat orang ketawa)dan perbuatan mengikut perbuatan watak lain (mengajuk perbuatan watak lain)yang tak pernah dipraktikkan dalam sketsa boria asli. Walau bagaimanapun pujian diberika kerana keberkesanan watak dan menarik perhatian penonton cuma bagi saya watak agak ter"over acting"(jangan marah ya...especially watak wanita mami)- tulus ikhlas untuk memperbaiki mutu sketsa UKM

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... terima kasih atas komen Encik tentang persembahan kami... Saya selaku Tukang Karang turut merasakan ada beberapa perkara yang kami terlepas pandang.. Disini saya ingin ajukan 1 soalan tentang Tukang Karang.. Adakah tidak perlu seorng tyukang karang itu memberi penekanan kepada perkataan-perkataan yang dianggap penting?? sekadar ingin 'HIGHLIGHT' isu yang ingin diutarakan.. terima kasih sekali lagi kepada Encik atas komen yang sangat membina.... salam..

    ReplyDelete
  4. Waalaikummussalam... buat pengetahuan saudara... perkataan sebutan TKarang haruslah terang dan jelas... contohnya bila menyebut sebutan konsonan spt rrrr, jadi make sure sebutan tu tekankan ckit huruf rrr tu. Untuk penekanan isi yang dianggap penting ...boleh... bukan tak boleh ...tapi jangan diulang untuk setiap rangkap karangan.. (sekali sekala sahaja)... Ketrampilan TK UKM sudah cukup bagus cuma perlu minimakan penonjolan ketika Sailor menyahut rangkap karangan... kasi peluang sailor glamor juga ka..ka... apapon UKM mmg best...dan meriah.

    ReplyDelete