Monday, December 14, 2009

Kumpulan Boria Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)


Aspek Muzikal :

Form :

A + B

(Bridge) : Elemen Tarian diselit ???

A + B

Gubahan /susunan muzik baik namun begitu saya rasa nada lagu perlulah dinaikan ( key terlalu 'low' )

Suara Latar :

Kemeriahan di dalam permainan boria kurang diberi perhatian. Suara latar agak tenggelam . Kesumbangan suara agak ketara apatah lagi dengan jumlah penyanyi latar yang minima dan tidak dibantu oleh kumpulan Sailor.(Kemungkinan besar disebabkan nada lagu yang terlalu rendah)

Tukang Karang :

Penyampaian yang baik, berketrampilan dengan penuh keyakinan.Tingkah laku yang mempunyai persamaan gerakan dengan Sailor haruslah dielakkan. Tongkat kurang digunakan secara maksima.

Sketsa :

Penggunaan pentas baik... penggunaan 'set props' iaitu meja dan kerusi dibolehkan cuma tidak digalakkan kelak seperti saya sebut tadi... ( nanti akan jadi seperti teater dengan menggunakan 'set props' satu lori. Dialog di antara watak haruslah mengikut giliran...terlalu banyak 'overlapping' dialog di antara watak. Tema Satu Malaysia dijelas serta ditonjolkan dengan baik.

No comments:

Post a Comment