Monday, December 14, 2009

Kumpulan Boria Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Aspek Muzikal :

Form :

A + B

(Bridge) :

A + B

Gubahan /susunan muzik baik. Namun begitu kesinambungan melodi lagu di antara rangkap / bridge/ rangkap perlu diteliti agar ia 'Coherance' atau mempunyai kesinambungan.

Suara Latar :

Penggunaan elemen 'harmoni' dalam penyampai rangkap sailor amat baik...simple dengan penggunaan min/maj 3rd dari segi lapisan suara.Sebenarnya penyampaian suara sailor dalam permainan boria tradisi hanya menggunakan teknik sesuara namun begitu kreativiti dengan berharmoni amat dialu-alukan namun biarlah sederhana seperti menggunakan simple harmony.(2 lapisan sahaja) namun begitu kemeriahan memainkan boria masih boleh dipertingkatkan.

Tukang Karang :

Penyampaian yang baik, namun begitu intonasi atau penyampaian rangkap karangan haruslah dielakkan menggunakan elemen nyanyian biasa. Sebutan ayat kurang jelas ( harus dingatkan (TK) berperanan sebagai penyampai maklumat... sebab itu sebutan konsonan dan vowel mesti jelas sebab penonton hanya berpandukan penyampaian maklumat (TK) tanpa teks rangkap karangan di tangan penonton.

Sketsa :

Penggunaan pentas amat baik... watak menerangkan tema Satu Malaysia dengan jelas dan tersusun. Watak India dan Cina amat berkesan dan aksi spontan (semasa ada masalah teknikal p.a.system berjaya diatasi) amat baik dan berkesan cth watak Melayu menyuruh Watak Cina bercakap lebih kuat. Perkara 'happening" berlaku kerana memang mikrofon ada masalah.Unsur humor dalam keadaan bersahaja dan pujian harus diberikan kepada ke tiga orang watak sketsa.

No comments:

Post a Comment