Monday, December 14, 2009

Kumpulan Boria Universiti Utara Malaysia (UUM)



Aspek Muzikal :

Form :

A + B

C + C + D

C + ??? ( tiada sailor mengajuk rangkap karangan (TK)

(Bridge) :

D + ?? ( Sailor memulakan rangkap karangan dahulu / menyahut (sepatutnya tugas (TK)

C + ( Tiada rangkap penutup dari sailor, hanya (TK) menyampaikan rangkap karangan akhiran... (perkara yang harus dielakkan kerana ia melanggar disiplin permainan boria itu sendiri)

Suara Latar :

Penggunaan elemen 'harmoni' dalam penyampai rangkap sailor amat baik...simple dengan penggunaan min/maj 3rd dari segi lapisan suara.Sebenarnya penyampaian suara sailor dalam permainan boria tradisi hanya menggunakan teknik sesuara namun begitu kreativiti dengan berharmoni amat dialu-alukan namun biarlah sederhana seperti menggunakan simple harmony.Penyampaian suara latar sailor hendaklah mengelakkan dari menyampaikan secara mendayu-dayu (sebutan ayat yang pendek dan jelas ) Namun begitu elemen ajukan seperti kumpulan panca sitara haruslah dielakkan dalam rangkap C + D .Walaupun kreatif namun kalau terlalu dibiarkan kelak ia akan menjadi seperti penyanyi latar artis pop biasa dan lari dari konsep permainan boria.Namun begitu saya masih tetap mengalu-alukan daya kreativiti komposisi lagu rangkap karangan ini.


Tukang Karang :

Penyampaian yang baik, berketrampilan dengan penuh keyakinan. namun begitu harus diingatkan peranan (TK) adalah penyampai maklumat dalam rangkap karangan, tidak perlu penyampaian rangkap karangan menyerupai nyanyian pop. (TK) masuk ke pentas tanpa ditemani oleh pemegang bunga manggar/payung/ bendera atau salah satu...( hal ini perlu dielakkan kerana (TK) adalah ketua yang perlu dirai dan dihormati oleh sailor) dan keluar dari pentas pun haruslah diiringan kumpulan yang disebut tadi.Penggunaan tongkat kurang diberi perhatian.(Tongkat berperanan sebagai penunjuk aras, arah maupun penekan ayat)



Sketsa :

Penggunaan pentas baik... watak haruslah lebih banyak menumpukan aspek menerangkan tema Satu Malaysia dari elemen berceloteh. Elemen berteater terlalu ditonjolkan... seperti penerapan konsep "mami jarum". Penerangan yang salah mengenai boria " Boria adalah sejenis Tarian di Pulau Pinang" adalah salah dan harus dielakkan. Dialog di antara watak sering "overlapping" di anatar watak lain. Apapun pujian harus diberikan kepada ke tiga -tiga watak yang berusaha untuk menghidupkan watak sketsa.

No comments:

Post a Comment