Sunday, December 13, 2009

Kumpulan Boria Universiti Malaysia Kelantan (UMK)











Aspek Muzikal :

A + A :/:

Tiada Bridge ( ini bukanlah satu kesalahan kerana asalnya boria tradisi sememangnya tiada unsur Bridge namun dari sudut kreativiti bertanding perkara ini harus juga diberi perhatian )

Suara Latar :

Pitching suara masih boleh diperbaiki di mana terdapat kesumbangan yang ketara, kemeriahan dalam permainan boria haruslah dipertingkatkan.

Tukang Karang :

Penyebutan rangkap karangan kurang jelas disebabkan penyampaiannya menyerupai nyanyian biasa. Kelancaran dalam penyampai masih boleh diperbaiki dan perkara yang harus dielakkan iaitu menyahut rangkap karangan sendiri seperti ewah!... sesudah selesai rangkap karangan. (TK) hanyalah penyampai maklumat dan tak perlu untuk menyahut atau memeriahkan permainan boria yang sememangnya sudah meriah.... berikanlah peranan itu hanya untuk Sailor atau Suara Latar menyahut.Hal (TK) terlupa rangkap karangan adalah perkara biasa sebagai manusia yang memainkan boria namun begitu para juri hanya ingin melihat bagaimana (TK) "overcome" kesalahan atau terlupa rangkap karangan itu. Ketrampilan dan keyakinan adalah perkara utama yang harus dimiliki oleh (TK).

Sketsa :

Keseluruhannya penyampai watak berkesan namun begitu perkara yang perlu diambil perhatian ialah adat ketika persembahan di mana watak haruslah tidak membelakangkan penonton (watak mamu). Tema Satu Malaysia haruslah ditekan... penggunaan 'set props' seperti basikal sebenarnya tidak digalakkan namun dalam permainan boria tradisi "props" yang tidak keterlaluan dibenarkan. Ini untuk mengelakkan sketsa boria disamakan dengan teater ( kalau tak dijaga kemungkinan nanti untuk sketsa sahaja ada kumpulan akan membawa satu lori punya "props" seperti dalam persembahan teater )

No comments:

Post a Comment