Monday, December 14, 2009
Kumpulan Boria Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Aspek Muzikal :
Form :
A + B
(Bridge) :
A + B
Gubahan /susunan muzik baik. Namun begitu kesinambungan melodi lagu di antara rangkap / bridge/ rangkap perlu diteliti agar ia 'Coherance' atau mempunyai kesinambungan.
Suara Latar :
Kemantapan suara latar sailor ini masih boleh diperbaiki. Kelemahan dari segi keseragaman sebutan di antara ahli dan yang amat ketara ialah kelemahan dalam merasai tempo.dari pengalaman saya untuk mengatasi masalah ini, ayat dalam karangan mestilah ditambah .(Punca kelemahan tempo disebabkan rangkat karangan yang mempunyai ayat yang minima sedangkan melodi memerlukan suku kata ayat yang banyak)
Tukang Karang :
Penyampaian yang agak baik, berketrampilan dengan penuh keyakinan. namun begitu harus diingatkan peranan (TK) adalah penyampai maklumat dalam rangkap karangan, tidak perlu menjerit untuk menunjukkan penekanan ayat. Kelemahan Tempo seperti dihadapi kumpulan suara latar sailor turut melanda (TK). rasanya penulis rangkap karangan perlu selalu merujuk kepada pembikin muzik agar suku kata ayat dalam rangkat karangan tidak terkurang atau terlebih. Dalam hal ini saya kira suku kata ayat rangkap karangan adalah kurang (menyulitkan (TK) menyampaikannya.
Sketsa :
Penggunaan pentas baik... watak haruslah lebih banyak menumpukan aspek menerangkan tema Satu Malaysia dari elemen berceloteh mengenai apa itu boria. Penerangan (dialog) yang salah mengenai boria perlu dielakkan seperti "mai tengok aku menari boria " , perlu dielakkan kerana ia adalah maklumat yang salah.Watak nyonya kurang berkesan, terserlah watak Nyonya bercelaru identiti di mana dialek Cina dan Melayu sering bertukar ( orang muda kata macam ada jiwa kacau sikit ka..ka.. jangan marah) namun begitu unsur pengajaran oleh Watak Nyonya berjaya membawa sketsa ke jalan yang betul seiring dengan Tema Satu Malaysia. Pujian harus diberikan kepada watak nyonya yang bertindak sebagai penyelamat sketsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment