Monday, December 14, 2009

Kumpulan Boria Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Aspek Muzikal :

Form :

A + B

(Bridge) : Elemen Tarian diselit ???

C + D

Gubahan /susunan muzik amat baik. Kesinambungan di antara rangkap, bridge dan rangkap lain amat baik. Pujian harus diberikan kepada pembikin muzik.

Suara Latar :

Penggunaan elemen 'harmoni' dalam penyampai rangkap sailor amat baik...simple dengan penggunaan min/maj 3rd dari segi lapisan suara.Sebenarnya penyampaian suara sailor dalam permainan boria tradisi hanya menggunakan teknik sesuara namun begitu kreativiti dengan berharmoni amat dialu-alukan namun biarlah sederhana seperti menggunakan simple harmony.Namun begitu elemen ajukan seperti kumpulan panca sitara haruslah dielakkan dalam rangkap C + D .Walaupun kreatif namun kalau terlalu dibiarkan kelak ia akan menjadi seperti penyanyi latar artis pop biasa dan lari dari konsep permainan boria.Namun begitu saya masih tetap mengalu-alukan daya kreativiti komposisi lagu rangkap karangan ini.

Tukang Karang :

Penyampaian yang baik, berketrampilan dengan penuh keyakinan. namun begitu harus diingatkan peranan (TK) adalah penyampai maklumat dalam rangkap karangan, tidak perlu menjerit untuk menunjukkan penekanan ayat. Tingkah laku (TK) haruslah tidak terlalu menonjolkan diri semasa rangkap karangan disahut oleh Sailor .(TK) haruslah memberi peluang kepada kumpulan Sailor untuk memainkan gerak tari tanpa menarik perhatian penonton kepada tingkah laku (TK). Peranan tongkat kurang digunakan sepenuhnya oleh (TK). Kecenderongan (TK) untuk melakukan improvisasi dalam rangkap karangan amat dialukan namun begitu perlu diingatkan improvisasi bukanlah di setiap rangkap karangan.Improvisasi hanya dilakukan setelah penyampaian rangkap karangan stabil (selalunya di rangkap ke 3 dan seterusnya Bukannya dari awal rangkap).Sebutan haruslah jelas tanpa perlu menyelitkan sebutan ala keInggerisan ( ka..ka... istilah baru ciptaan sendiri).
(TK) harus mengelakkan diri dari melakukan sahutan seperti Sailor.... (biarlah tugas itu hanya dilakukan oleh Sailor atau Suara Latar)

Sketsa :

Penggunaan pentas baik... watak haruslah lebih banyak menumpukan aspek menerangkan tema Satu Malaysia dari elemen berceloteh. Elemen berteater terlalu ditonjolkan... unsur humor yang ditonjolkan hanya timbul secara spontan dan tak perlu dibuat-buat untuk membuat penonton ketawa. Tiada penerangan atau mesej tema dibuat oleh watak secara nyata.Unsur negetif haruslah dielakkan seperti tingkah laku yang agak keterlaluan apabila seorang watak wanita(mami) ingin menerajang watak Ah Tan namun begitu pujian harus diberikan kepada ke tiga orang watak ini.

3 comments:

  1. Terima Kasih atas komen juri... :)Insyallah saya akan perbaiki lagi gubahan dan komposisi saya... (Shahril36@yahoo.com.my)

    ReplyDelete
  2. Hai,promo ye bang ??? heheheeh (bearbear, aby9266@gmail.com) ,

    Hai.. En. Shahril yang hebat. jgn lupa tukang mixing lagu tu yer (nurfaizalfariz@yahoo.com)

    ReplyDelete
  3. eh2...ada juga...ekekekeke...ye tuan juri, tidak dilupakan juga sy punya tukang mixing lagu en nurfaizal fariz...hehehehehe...fahmi pun ade...xperlu letak email kot kita ni ekekekekeke (Shahril36@yahoo.com)

    ReplyDelete