Sunday, December 13, 2009

Sudut Pandangan Saya Sebagai salah Seorang Juri Pertandingan Boria FestKUM 2009

Semua komen dan pandangan ini hanyalah dari sudut pandangan saya...tidak melibatkan pandangan dari 2 orang juri hakim yang lain namun begitu saya hanya banyak menumpukan kepada aspek muzikal dan lagu.

Keseluruhan

Sekalung pujian dan terima kasih kerana kesemua kumpulan boria universiti yang mengambil bahagian telah membuat persediaan rapi dari aspek muzikal dengan gubahan dan susunan muzik yang amat menarik... ternyata Warisan Boria Pulau Pinang masih boleh menerima elemen dan kreativiti generasi baru . Namun begitu apa sahaja komen yang saya berikan ini lahir dari hati yang tulus dan ikhlas dan tiada kena mengena dengan niat ingin menjatuhkan martabat atau nama kumpulan boria universiti yang bertanding. Saya amat berharap agar pengunjung dapat menilai dengan hati yang terbuka tanpa ada diskriminasi atau pemberatan terhadap kumpulan boria pilihan.


No comments:

Post a Comment