Monday, December 14, 2009
Kumpulan Boria Universiti Sains Malaysia (USM)
Aspek Muzikal :
Form :
A + B
(Bridge ) : Elemen Tarian ditonjolkan (Tarian Rap???? namun begitu masih berjaya menunjukkan formasi ke arah variasi muzik di bahagian ke II rangkap karangan)
C + D
Susunan dan gubahan muzik amat baik dan penuh kreativiti namun dengan kemasukkan elemen tarian semasa Bridge agak ketara dan mencacatkan permainan boria itu sendiri
Suara Latar :
Kemeriahan di dalam permainan boria kurang ditonjolkan.Suara Latar Sailor baik tetapi lontaran suara agak keras sehingga kadang-kadang kedengaran seperti menjerit.Patah sebutan rangkap karangan masih boleh diperbaiki dengan memendekkan penyebutan untuk memudahkan penonton memahami maksud penyampaian dengan jelas dan terang. Sebutan akhiran yang panjang mirip kepada nyanyian biasa kumpulan suara latar.
Tukang Karang :
Penyampaian yang amat baik, berketrampilan dengan penuh keyakinan.(TK) bijak untuk menggunakan peranan tongkat sebagai menekankan penyampaian rangkap karangan dan pandai untuk menghadkan pergerakkan semasa kumpulan Sailor menyahut rangkap karangannya.Pengucapan ayat dan sebutan yang jelas menyumbang kepada keberkesanan penyampaian maklumat tentang Tema Satu Malaysia.Tak hairanlah (TK) ini dianugerahkan pingat emas sebagai Tukang Karang Terbaik Pertandingan.Pujian harus diberikan kepada (TK) kerana memberi contoh seorang Tukang Karang Boria yang baik.
Sketsa :
Penggunaan pentas baik... ringkas dan berkesan.Penggunaan dua orang watak agak lama menantikan kemunculan watak ke tiga. namun begitu pujian harus diberikan kepada watak yang sedar ruang dan spontan cthnya...(menyedari watak yang satu lagi berkedudukan terlalu rapat...maka watak yang satu lagi mengingatkan watak yang satu lagi cth : "hang pi la jauh sikit...tok sah dok duduk dekat aku sangat"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pada pandangan saya aspek penting yg perlu ditekankan oleh seorang TK:
ReplyDelete1. Kejelasan dan penekanan terhadap aspek lontaran vokal agar setiap bait karangan dpt didengar oleh penonton dan para juri.
2. Lontaran suara TK haruslah tidak terlalu bermelodi sebaliknya lebih kepada aspek pengucapan bersahaja.
3. Pengucapan bait karangan yg bersahaja perlulah dlm posisi "voice control on par" agar pitching tidak lari dan sampai pada nota musik yg sebenar.
3 aspek vokal diatas penting utk menunjukkan kemampuan TK dlm menyampaikan bait karangan agar jelas dan tepat tanpa sebarang kesilapan atau kadar kesilapan yg kurang dr 1%.Ini adlh kriteria terbaik utk menjadi seorang TK.
Seorang TK harus memiliki "Stage Present" yg baik dan bermutu iaitu:
1.Ketrampilan diri serta keupayaan utk menarik minat penonton bagi memeriahkan lagi suasana persembahan adalah faktor penting.Sesuatu persembahan dikatakan gagal apabila TK tidak mampu menarik minat penonton utk bersorak dan fokus pd persembahan yg sedang berjalan.
2.Tongkat merupakan alat tunjuk arah/menasihati penonton yg sedang menonton.Penggunaanya haruslah bersesuaian (sekiranya bait lagu bermula dgn perkataan kanan/kiri maka TK harus menggunakan tongkat utk menjadi penunjuk arah agar penonton dapat memahami secara fizikal) tidak hanya pada aspek arca semata.
3.Gerakkan TK juga harus bersesuaian dan selari.Adalah lebih baik jika TK dpt mengikuti gerak tari sailor khususnya ketika Opening/Bridge/Ending utk menunjukkan ketrampilan dan keberkesanan TK dlm memahami perjalanan persembahan.Ini dpt menunjukkan kerjasama ant TK dan Sailor kerana Sailor menjadikan TK sebagai ketua dlm membawa hala tuju persembahan.
Pada pandangan saya pertandingan FESTKUM sedari dulu bersifat politik utk menunjukkan kesaksamaan.Komen saya tidak bermaksud utk mempertikaikan apa yg telah dipersetujui tetapi lebih bersifat nasihat utk memperbaiki kesilapan-keseilapan yg berlaku agar tidak wujud keseilapan yg sama pd masa depan.FESTKUM menjadi medium utk menghargai seni warisan Malaysia tetapi sejauh mana ketelusan dlm menghargai seni tersebut masih lagi samar.
Kita harus sedar bahawa negara maju amat menghargai seni warisan sehingga mereka berusaha utk menyuntik elemen baru bagi mewarnai seni sedia ada disamping menjaga keasliannya.TQ..
As salam... saya amat menghargai pandangan dari saudara dan terima kasih didahulukan.Alhamdulillah saudara telahpun mendapat pengertian ttg peranan TK dalam permainan boria. Ada sedikit pembetulan yang yang ingin jelaskan.Kaji ttg sejarah dan perbulan dgn tokoh lama boria spt Pak cik Abdullah Darus dll... Tk adalah ketua (itu betul..)Sejarah menjelaskan TK dahulu merukan watak yang berketrampilan dan darjat yg lebih tinggi dari Sailor.. jadi TK TIDAK AKAN SAMA SEKALI mengikut langkah Sailor dalam apa jua hal dan Penonjolan TK dlm permainan hanya ketika rangkap karangan..ketika ajukan Sailor... TK akan beri laluan kepada sailor dan TK akan meminimakan pergerakan agar tidak menarik perhatian penonton (kasi peluang Sailor beraksi)Saya kurang bersetuju dgn pandangan saudara pada point ke 3 itu.Kalau zaman dahulu, semasa sailor ambil peranan, TK masih sempat untuk ke tepi pentas dan melihat rangkap karangan yang akan dia sampaikan nanti. Kemeriahan atau RIA dalam permainan boria datang dari Sailor...BUKAN DARI TK.(sbb itu TK tidak melaungkan rancak.ewah,cantik,meringue dll)
ReplyDeleteOk bab pertandingan dari Makum, sekarang Festkum bersifat politik..itu saya tak berani nak komen sbb semasa saya berada di menara gading dan berkecimpung dlm aktiviti kebudayaan lagi hal ini sering dilaungkan oleh mahasiswa pengerak wawasan negara.Memanglah apabila kita telah bermati-matian membuat persediaan kumpulan.. kita semestinya akan menganggap pasukan kita adalah terbaik... tanyalah pasukan manakah yang tak anggap mereka terbaik?? semua akan anggap terbaik.. tetapi kita juga kena sedar apa yang dilihat & didengar oleh pihak juri mungkin berbeza dari pandangan kita. Kegagalan urusetia berfungsi mencacatkan pertandingan.
ReplyDeleteKetelusan dalam penghakiman amat penting ... tanpa ada prejudis atau memihak kpd kumpulan pilihan. Allah melihat, malaikat mencatat jadi bagi pihak saya ...saya tiada kepentingan untuk memihak kpd mana-mana kumpulan.
Ketelusan Urusetia untuk mengakui kesilapan juga penting agar insiden pengumuman TK (Pingat Perak) tidak akan berulang.. bagi pandangan saya.. semasa post mortem pertandingan..tidak salah untuk mengundang pihak juri untuk memberi pandangan untuk memurnikan.Segala ketidak puasan hati akan terjawab.. percayalah saya tidak pernah gentar untuk berdiri dan menjawab apa sahaja persoalan dan ketidak puasan hati dari adik2 maupun pengurus/jurulatih sekiranya diundang. Semuanya demi kecintaan kepada warisan boria, seni warisan Pulau Pinang.
Cadangan saya.. adakan sesi perbengkelan sebelum pertandingan diadakan agar kumpulan yang bertanding tidak mengulangi kesilapan atau terus berpaksi kepada mazhab boria yang agak menyimpang dengan boria asli agar setiap titik peluh,pahit getir berkarya dan perbelanjaan tidak sia-sia atau mendapat ganjaran yang sepatutnya.
Ikhlas dari Alumuni USM '00
Salam.T/Kasih krn sudi memberi respon.Saya amat gembira apabila pihak KPT dan Universiti Malaysia bergabung utk menganjurkan program kesenian seumpama ini.Tetapi pada saya penganjuran seumpama ini perlu diperbaiki lagi pada masa akan dtg, sama ada dr segi pentadbiran&pengurusan serta penambahan acara.
ReplyDeleteBerbalik kepada isu boria,tidak dpt dinafikan setiap individu mempunyai pandangan masing2.Mungkin pandangan saudara terhadap situasi kemeriahan semasa persembahan hanya dilakukan oleh sailor.Itu mungkin pandangan dikalangan pengamal boria asli.Pandangan itu bersifat subjektif (mengikut individu).
Pada saya adalah perlu utk mengekalkan boria asli tetapi pada masa yg sama kita juga perlu memperbaharui seni itu utk mewarnai seni warisan dgn menambah elemen2 baru yg mungkin sebelum ini tidak diterima oleh pengamal boria asli.Ini sekadar utk memperindahkan dan menarik minat golongan muda serta memasarkan hasil seni Malaysia di arena antarabangsa.
Sekian.
Daniel (Indiana University Jacobs,School of Music)
salam,.
ReplyDeletesekadar ingin mengutarakan persoalan,.
di youtube rupanya masih berbunyi pahat mengenai siapa menang dan siapa kalah walaupun pertandingan ini telah berlalu 2 tahun yg lalu dan barangkali medal yang dimenangi juga telah berkarat. Persoalan saya ialah siapa sebenarnya memenangi Tukang Karang Terbaik tahun 2009. Ini kerana rata2 keputusan Makum termasuk encik sendiri menyatakan milik USM manakala tukang karang UITM berperang di youtube mendakwa beliau yang memenanginya. Buat pengetahuan saudara saya salah seorang penggiat boria dan salah seorang bekas penuntut di USM. Ini amat memalukan jika sebenarnya TK terbaik bukan milik USM dan sebaliknya kpd pihak UITM. Tolong jelaskan, terima kasih.
Thanks and I have a super provide: How To Renovate House Exterior reddit house renovation
ReplyDelete