Monday, December 14, 2009

Kumpulan Boria Universiti Putra Malaysia (UPM)


Aspek Muzikal :

Form :

A + B

(Bridge ) : Agak lama masa yang digunakan .(Perlu diingatkan bridge hanyalah jambatan untuk menunjukan perubahan lagu ataupun balik ke lagu asal). Elemen Tarian ditonjolkan ????

A + B

Susunan dan gubahan muzik amat baik dan penuh kreativiti namun dengan kemasukkan elemen tarian semasa Bridge agak ketara dan mencacatkan permainan boria itu sendiri.

Suara Latar :

Kemeriahan di dalam permainan boria berjaya ditonjolkan dengan baik..Suara Latar Sailor menggunakan teknik sesuara yang amat baik. Pujian harus diberikan kepada suara latar sailor yang berjaya memeriahkan suasana dengan sahutan yang tersusun dan terancang dengan baik.

Tukang Karang :

Penyampaian yang amat baik, berketrampilan dengan penuh keyakinan.Namun begitu cara penyampaian (TK) lebih mirip kepada cara nyanyian. (TK) juga melakukan improvisasi terlalu awal (Improvisasi melodi selalunya disampaikan dirangkap karangan ke 3 ke atas dan tidak menjurus ke arah satu cara improvisasi. Tingkah laku atau pergerakkan (TK) haruslah dihadkan untuk memberi peluang penonton menumpukan perhatian kepada Sailor apabila rangkap sahutan disampaikan. (TK) terlalu menarik perhatian hinggakan kumpulan sailor agak tenggelam. (TK) kehilangan tongkat ketika permainan boria ini namun begitu beliau boleh bertindak bijak iaitu mengambil semula ketika rangkap sailor disampaikan. Kesilapan adalah perkara biasa namun bagaimana kita mengatasinya dengan bijak tanpa disedari dengan ketara. Peranan (TK) adalah minima ketika sailor mengambil peranan menyampaikan ajukan.

Sketsa :

Penggunaan pentas baik... penggunaan 'set props" meja dan kerusi agak kebelakang di atas pentas (walau bagaimanapun penggunaan 'set props' tidaklah digalakkan namun ia tidak salah dengan menampilkan 'set props" yang tidak keterlaluan. Tema Satu Malaysia agak kabur disebabkan penjelasan yang tidak lengkap.Watak sketsa tidak perlu terlalu cenderung kepada lawak jenaka.Watak juga tak perlu terlalu ketawa hingga kadang-kadang timbul perasaan penonton watak itu hanya syok sendiri.

6 comments:

  1. saya sblum ni tak taw byk sgt pasal boria tp thanx pada festkum dan komen tuan byk juga saya da taw... saya cuma nak tanya... bg tuan apa yg menyebabkan upm johan ya... apa kelebihan kami dari peserta2 lain... niat saya cuma inginkan tips2 yg boleh kami gunakan untuk meningkatkan prestasi di masa akan datang... terima kasih banyak2...

    norhan azawadi, upm

    ReplyDelete
  2. salam, mmg byk yg perlu kami pelajari tentang boria. terima kasih kerana memberikan komen yg amat memberangsangkan. boleh saye bertanye, ape yg sepatut nye dilakukan ketika bridge? dan bolehkah tuan tunjukkan bagaimana keoreografi boria yg asli dan yg baik.

    Nur Hanisah, UPM

    ReplyDelete
  3. W'salam dan salam tahun baru Islam. Pada pendapat saya UPM boleh menang disebabkan kesederhanaan dalam semua bidang pengiraan markah.Pengiraan markah yang TIDAK mempunyai markah khusus untuk Tukang Karang banyak membantu UPM.Rangkap karangan UPM di antara yang terbaik kerana TIADA KESALAHAN memberikan markah yang agak tinggi dengan adanya pengenalan kumpulan, rangkap yang bersangkutan dengan sketsa dan penutup serta sebutan penghujung rangkap yang sama. Kalau nak dilihat pada persaigan dengan kumpulan boria lain, memang amat sengit hinggakan UPM hanya menang dengan angka perpuluhan sahaja.Meskipun sketsa agak hambar namun rangkap karangan,busana banyak membantu UPM menjadi johan keseluruhan boria.

    ReplyDelete
  4. w'salam.... ok berkenaan dengn bridge...telah saya katakan sebenarnya dalam boria tradisi TIADA bridge ditonjolkan namun bagi pertandingan perkara ini dibolehkan. Pada pendapat saya, bridge hanyalah persediaan untuk merehatkan Tukang Karang atau menunjukkan peralihan rangkap karangan (Improvisasi) dan ia BUKANLAH ruang untuk menunjukkan kehebatan Tarian kumpulan sailor... kesederhanaan dalam pembentukan formasi (Bukan nak buat sampai jadi piramid manusia)adalah amat digalakkan.Bridge juga digunakan oleh pemuzik untuk menunjukkan kreativiti susunan dan gubahannya di tahap maksima tetapi mestilah ada kesinambungan dengan melodi rangkap karangan, boleh bermodulate.tempo diubah.Ada juga kumpulan yang mempunyai bridge yang sampai ke laut di mana tiada kesinambungan dengan rangkap karangan. Sepatutnya pengubah/penyusun muzik mengambil peluang bridge itu untuk menunjukkan elemen SATU Malaysia dengan tidak menggunakan masa yang agak lama untuk sampai ke kemuncak serta disambung dengan rangkap karangan yang lain atau yang sama.

    ReplyDelete
  5. ok..ribuan terima kasih atas tunjuk ajar drpd tuan.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    maaf bertanya lagi..
    oleh itu..ketika bridge..
    elemen tarian tidak digalakkan utk ditonjolkan...atau bagaimana?
    sekiranya tarian dilakukan...adakah akan memberi kesan kepada sistem permarkahan?
    terima kasih.

    ReplyDelete