Monday, December 14, 2009

Kumpulan Boria Universiti Malaya (UM)











Aspek Muzikal :

Form :

A + A
B + A

(Bridge )

A + A
B + A

Susunan/gubahan muzik amat baik - kreativiti tinggi namun begitu harus diingatkan susunan form muzik boria tradisi adalah A + B sahaja /Bridge (dibolehkan) kemudian disambung dengan A + B kembali atau kreatif C + B maupun C + D. Penggunaan Bridge adalah hanya untuk menunjukan kreativiti pengubah/penyusun muzik , bukanlah medium untuk menunjukkan kehebatan gerak tari sailor... iai merupakan jambatan untuk perubahan melodi lagu/form ataupun kembali ke form asal.

Suara Latar :

Kemeriahan terserlah seiring dengan konsep boria itu sendiri iaitu meriah, pitching sesuara yang baik namun harus dingatkan kemeriahan itu sebenarnya datang dari kumpulan Sailor yang bertindak menyahut rangkap karangan yang disampaikan oleh Tukang Karang (TK).

Tukang Karang :

Kelancaran penyampai dan kejelasan suara masih boleh diperbaiki dengan memberi penekanan terhadap sebutan konsonan.

Sketsa :

watak yang ditonjolkan hendaklah tidak terlalu menekankan pemberatan terhadap lawak jenaka sahaja. Tema Satu Malaysia mestilah diutamakan. Syarat utama sketsa hanyalah membenarkan 3 watak dilakonkan namun begitu kemunculan (TK) di saat akhir sketsa mewujudkan watak ke Empat di mana hal itu menyebabkan syarat sketsa pertandingan dilanggar. Pengucapan dialog haruslah diteliti dengan tidak menggunakan elemen negatif seperti (cth : bau Todi lebih baik dari bau seorang watak)

2 comments:

  1. salam.. tq atas komen yg diberikan. InsyaAllah akann kami ikut. tetapi di sini ingin saya tegaskan mengenai kehadiran TK sbg org ke 4,untuk makluman kami di UM ada pertandingan Boria tahunan ketika FESENI dan juri2 yg hadir kebanyakkannya adalah otai2 boria malah EN Omara sendiri pernah memeberi komen mengenai boria kami. Akan tetapi tidak pernah pula di sentuh mengenai org ke 4,malah pada Boria Makum yg lepas d USM pun kebanyakkan team buat cara yg sama. Malah jika dilihat tiada pun perauran ataupun guideline sah @ hitam putih yang wujud mengenai boria. Krn pd sy tiap2 juri mempunyai tatacara boria masing2,ada yg mahukan kontemporari dan ada yg still nakkan keaslian. Diharap dpt diwujudkan satu jawatankuasa agar undang2 menyeluruh mengenai boria dpt diwujudkan agar tiada pertembungan ideologi antara guru2 boria. Nukilan sy sbg peserta n peminat boria,harap betulkan jika salah...

    ReplyDelete
  2. W'salam... sebenarnya dalam sketsa boria TIADA peraturan tentang berapakah watak yang patut ada dalam sketsa namun begitu kami hanya mengikut apa yang telah dipersetujui oleh wakil-wakil universiti dalam pengubalan syarat/peraturan pertandingan boria FEStKUM 2009 yang dibekalkan kpd juri.Semua kumpulan Universiti yang bertanding ada kertas peraturan.(SILA RUJUK KEPADA SYARAT/PERATURAN PERTANDINGAN DARI JURULATIH OR PEGAWAI KEBUDAYAAN UM). Secara terang di dalamnya meletakkan watak sketsa TIDAK BOLEH MELEBIHI 3 ORANG jadi kami sebagai juri tiada pilihan terpaksa memotong markah sahaja...BUKAN PENYERTAAN UM DIBATALKAN !!! Pada pendapat saya boria sekarang mmg sudah KONTEM, cuma kita tak mahu boria disamakan dengan tarian atau sketsa jadi mcm teater.Cukuplah kita KONTEMPORARIKAN ia dengan muzik dan Gerak Tari yang tidak keterlaluan.

    ReplyDelete