Monday, December 14, 2009
Kumpulan Boria Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Aspek Muzikal :
Form :
A + B
(Tiada Bridge )
Susunan dan gubahan muzik baik . Tiada penggunaan bridge . Muzik yang ditonjolkan agak simple dan masih boleh diperbaiki. (saya beranggapan pengubah muzik ini lebih menjurus kepada keaslian permainan boria Pulau Pinang yang sebenar... pujian harus diberikan kepada penggubah/penyusun muzik)
Suara Latar :
Kemeriahan di dalam permainan boria kurang ditonjolkan.Suara Latar Sailor baik menggunakan teknik sesuara. Sahutan dari sailor dapat membantu membangkitkan kemeriahan permainan boria ini.
Tukang Karang :
Penyampaian yang amat baik, berketrampilan dengan penuh keyakinan.(TK) bijak untuk menggunakan peranan tongkat sebagai menekankan penyampaian rangkap karangan .Lontaran suara serta intonasi suara amat baik dengan menekankan kepada sebutan konsonan dan vowel yang jelas, pendek dan berkesan.Perkara yang perlu dielakkan ialah (TK) membuat gerak tari sama gerak tari sailor ditambah lagi (TK) menyertai kumpulan sailor melakukan gerak tari semasa bridge...perkara ini harus dielakkan kerana (TK) adalah ketua dan 'boss' kepada kumpulan boria itu sendiri dan tak perlu melakukan perkara yang sama dilakukan oleh kumpulan sailor.
Sketsa :
Penggunaan pentas baik... ringkas .Penggunaan dua orang watak agak lama menantikan kemunculan watak ke tiga. Keasyikan watak "chik" yang agak keterlaluan memberatkan hal burung mengganggu kelancaran sketsa itu sendiri. Kemunculan watak "Tok Ketua" berjaya untuk menarik perhatian kepada Tema Satu Malaysia walaupun agak terlambat .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih diucapkan kpada juri... sgala nasihat dan komen yg dberikan akan km pergunakan utk kcemerlangan msa hdapan.....
ReplyDeleteno problem panglima.... tujuan komen sahaja ingin mendekatkan lagi generasi muda untuk mengetahui boria secara lebih dekat agar tidak terpesong.UiTM amat beruntung kerana mempunyai Tukang Karang yang amat baik penyampaian serta intonansi namun agak sayang kerana mungkin terlepas pandang peranan serta kedudukan (TK) dalam kumpulan itu yang bukanlah satu taraf kedudukan dengan Sailor jadi pergerakkannya TIDAK BOLEH sama dengan Sailor.Rangkap karangan UiTM antara yang terbaik dengan adanya pembuka, rangkap yang baik TETAPI TIADA penutup rangkap karangan yang mengingatkan penonton akan pengenalan nama kumpulan namun begitu ia tetap membuka peluang UiTM untuk mendapat tempat dalam pengiraan markah keseluruhan. Pada pendapat saya busana Sailor masih boleh diperbaiki kerana agak suram sedangkan bila berboria kita hendaklah meriah ,menghelip meghelap (bling bling) kaa..ka.. sebab ada peruntukan markah untuk busana.
ReplyDelete